BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 13 Ogos 2013

Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Kematian

Assalamualaikum ~~

Sedikit perkongsian tentang hari-hari sebelum kematian.
" Semua orang akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat kamu akan dibayar gaji anda sepenuhnya. Dan sesiapa yang dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang menipu. "


100 Hari Sebelum Kematian

- Ini adalah tanda pertama daripada Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini lazimnya akan berlaku selepas waktu Asar di mana seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 Hari Sebelum Kematian
- Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar di mana bahagian pusat kita akan rasa berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Seterusnya malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan bermula membuat persediaannya ke atas kita. Antaranya adalah malaikat akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Ada ketika malaikat ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini berlaku, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 Hari Sebelum Kematian
- Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan dan secara tiba-tiba berselera untuk makan.

3 Hari Sebelum Kematian
- Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Manakala telinganya akan layu di mana hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Sebelum Kematian
- Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan  satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari Kematian
- Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang  dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




Indahnya jika kita dapat melakar pelan untuk hari kematian kita.. :')
Indah juga jika nafas terakhir kita seperti dalam kisah ini..

---> https://www.facebook.com/photo.php?v=691768287506623


#Manusia yang celik (tidak buta) ialah manusia yang sentiasa mengingati mati dalam hidupnya..

#Salah satu sebab manusia diminta mengingati mati supaya kita tidak lalai dengan dunia yang penuh dengan dugaan seperti hiburan dan sebagainya.

#Malaysia kini diuji oleh Allah dengan hiburan, makin jauh daripada Allah.

#Palestin diuji dengan Allah dengan perang, esok bakal syahid.

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. 






Ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut melawat kamu 70 kali sehari semalam. n.n