BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 27 September 2013

TITIAN TERAKHIR KITA

 Assalamualaikum~

Ok kita teruskan lagi perjalanan kita selepas kematian..
Selepas kita diazab, dihisab, kali ni kita akan berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar di mana kita akan mula berjalan menuju ke syurga dengan melintasi Titian Siratul Mustaqim..
Titian ni merupakan laluan yang terbentang di mana bawahnya adalah neraka..
Lebar titian ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang..
Bagi orang mukmin, ia akan dimudahkan dengan titian itu akan dilebarkan..



Rasulullah ada bersabda : 
"...dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan umatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para Rasul dan doa mereka adalah : "Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah !"
(Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a)

Rasulullah ada bersabda lagi :
"Orang-orang yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, ada yang seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah yang selamat dan diselamatkan. Ada juga yang dicarik-carik lalu dilepaskan dan ada pula yang terjatuh ke dalam Neraka Jahannam."



Keadaan Semasa Melintasi Titian Sirat :
Kumpulan Pertama
-Berjaya melintasi seperti kilat yang memancar..

Kumpulan Kedua
-Melintasi seperti tiupan angin yang kencang..

Kumpulan Ketiga
-Melintasi seperti kelajuan kuda lumba..

Kumpulan Keempat
-Melintasi seperti burung yang pantas..

Kumpulan Kelima
-Melintasi dalam keadaan berlari..

Kumpulan Keenam
-Melintasi dalam keadaan berjalan..

Kumpulan Ketujuh
-Melintasi dalam keadaan kerap berdiri dan duduk..

Kumpulan Kelapan
-Menarik muka-muka mereka dengan rantai..

Kumpulan Kesembilan & Kesepuluh
-Mereka ketinggalan di atas Titian Sirat & tidak dibenarkan untuk menyeberang..

#Keadaan Kumpulan Ketujuh  melintasi dengan keadaan berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat.
Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad berhenti  di atas Sirat setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut pada Titian Sirat. Baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

#Kumpulan Kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka.
Bagi yang buruk amalannya, mereka akan menyeru : "Wahai Muhammad! " 
Nabi Muhammad berkata : "Allah! Selamatkan mereka! Allah! Selamatkan mereka!"

#Kumpulan Kesembilan & kesepuluh mereka tertinggal di atasTitian Sirat yang bagai rambut dibelah tujuh sambil menahan kepanasan julangan api neraka yang sedia menunggu di bawah mereka dan tidak dibenarkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa besar mereka yang terlalu banyak.




Akhir sekali, dikesempatan ini saya ingin memohon maaf atas segala khilaf sama ada sengaja mahupun tidak sengaja. Terlanjur kata, terkasar bicara, terlebih gurau, kelaku yang tak kena, maaf semua. :')
Halalkan segala makan, minum, duit dan sewaktu dengannya.. Mohon halal dunia akhirat. 
Tak lariku dari kesilapan, maafkan segala khilaf sebelum ni, sekarang & akan datang..

Wassalam, terima kasih.. :D

BARISAN MENUJU MAHA PENCIPTA

Assalamualaikum..

Selepas kita bercerita tentang siksa kubur, kali ni kita bercerita 12 jenis barisan untuk kita menghadap Maha Pencipta kita semua..

Pelbgai prosedur yang perlu kita lalui untuk bertemu dengan Allah, bukan calang-calang pertemuan, dari dunia lagi perlu ada persiapan..
Dunia sebagai landasan kita untuk ke akhirat..
Baik di dunia, insyaAllah baik la kt akhirat kelak..

Pendedahan seperti ni sekadar untuk memberi kesedaran, mengigatkan kita tentang hari yang pasti iaitu hari kematian..
Sememangnya kita juga dikehendaki sentiasa mengingati kematian..
Dan ingatlah, setiap perkara yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya..

" What you give, you get back "




Ok terus ke main point tadi, 12 BARISAN KE AKHIRAT..

Kisah bermula apabila suatu ketika Muaz bin Jabal mengadap Rasulullah lalu bertanya..

" Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah : "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
(Surah Naba: 18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaiannya dengan air mata. Selepas itu baginda menjawab..

" Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya perkara yang amat besar di mana umatku akan diiringi, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.. "

Maka dinyatakan 12 barisan tersebut..

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih.

"Mereka itu ialah orang orang yang sewaktu hidupnya menyakiti jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih.

"Mereka itu ialah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

"Mereka itu ialah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannyadan tempat mereka kembali adalah neraka."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

"Mereka itu ialahorang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

"Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

"Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

"Mereka itu ialah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.


“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.


“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.


“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.


“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:


“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”


~Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…~

Khamis, 26 September 2013

|Derita di Rumah Kecil & Sempit|

Assalamualaikum..  =.="

Entri kali ni nk kongsikan serba sedikit tentang keadaan rumah terakhir kita selepas sekian lama kita berumah di atas muka bumi Allah yg sangat luas ni..

" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. "
(21:35)

Seperti semua orang tahu, segala yg hidup atas muka bumi ni akan merasakan mati..
Cuma masa, keadaan dan cara yg membezakannya..
Semua itu rahsia Allah, kita sebagai penerima takdir perlu bersiap sedia untk menghadapi segala kemungkinan khususnya kematian..

Untuk itu, perbanyakkanlah amal, taubat, sedekah dan segala kebaikan..
Selepas kita dikembalikan ke bumi, pasti kita akan disoal, disiksa sebelum kita dihimpunkan di padang Mahsyar..
Orang yang mati bererti telah mengalami kiamat kecil..

Orang-orang yang melanggar perintah Allah dan takut akan kematian ialah org yg kufur..


Siksa kubur itu pasti di mana telah disebut dalam Surah As-Sajdah:21..

" Dan pasti Kami timpakan kepada mereka sebahagian siksa yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); agar mereka kembali (ke jalan yang benar). "



Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & hadis Al Barra' bin 'Azib bahawasanya ketika seorang mayat telah selesai dikebumikan & dihadapkan pada alam akhirat, maka akan datang dua malaikat iaitu Munkar & Nakir yang akan bertanya kepada mayat dengan tiga soalan..

Soalan pertama : "Man Rabbuka?" (Siapa Tuhanmu?)
Soalan kedua : "Wa ma diinuka?" (Dan apakah agamamu?)
Soalan ketiga : "Wa maa hadzaar rujulladzii ba'tsa fikum?" (Dan siapakah orang yang diutus di antara kalian?)

Walaupun tiga soalan ini dianggap sebagai 'soalan bocor', tapi tak semua boleh menjawab soalan-soalan tersebut..
Hanya orang yang betul-betul faham,yakin & mengamalkannya selama hidup sampai akhir hayat & meninggal dalam keimanan sahaja yg boleh menjawab soalan yang ditanya oleh malaikat tersebut..
Malah orang yg sedemikian akan mendapat nikmat kubur, bukan siksanya..

Mesti ada yang tertanya-tanya, azab kubur ni berterusan ke? Atau ada waktu berhenti dalam penyiksaan?

Bagi orang kafir yg tak dapat jawab tiga soalan tu, mereka akan diazab secara berterusan..

" Kepada mereka diperlihatkan neraka, pada pagi dan petang dan pada hari terjadinya kiamat. (Lalu kepada malaikat diperintahkan) : "Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras!"

Dalam hadis Al Barra' bin Azib tentang kisah orang kafir, "kemudian dibukakan baginya pintu Naar (neraka) sehingga ia dapat melihat tempat tinggalnya di sana sehingga hari kiamat"
(HR. Imam Ahmad)

Bagi orang yang melakukan maksiat yang ringan kemaksiatannya, maka azab hanya dikenakan beberapa waktu sahaja & kemudian berhenti. Mereka disiksa sesuai dengan dosanya dan kemudian diberi keringanan..

Bentuk azab kubur & ciri orang yang mengalaminya :
Orang yg mempelajari al-Quran tapi tak mengamalkannya & siksa untuk orang yg meninggalkan solat
=Dipecahkan kepalanya dengan batu, kemudian Allah tumbuhkan semula kepalanya seterusnya dipecahkan lagi..

Bagi orang yang dari rumahnya di pagi hari lalu berdusta & kedustaan itu mencapai ufuk
=Akan dibelah hujung mulut hingga ke belakang kepala, bersama hidung & kedua matanya..

Para penzina lelaki & perempuan
=Ada kaum lelaki & perempuan telanjang berada dalam bangunan menyerupai tungku, tiba-tiba datanglah api dari bawah mereka..

Sikasa untuk orang memakan riba'
=Dijejali batu, ketika sedang berenang, mandi di sungai.

Kaum yang mencampurkan antara amal soleh dengan perbuatan buruk
=Kaum yang separuh jasadnya bagus & separuhnya lagi buruk, kemudian Allah ampunkan perbuatan terkutuk mereka..

Orang-orang yang suka makan daging orang lain (bercerita tentang aib orang lain)
=Memiliki kuku dari tembaga dan digunakan untuk mencakari wajah dan dada mereka..

Nauzubillahminzalik..
Sebolehnya kita berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menempah murka Allah..

Seperti kisah di dalam video di bawah ni..

http://www.youtube.com/watch?v=kOP1z6vqCo4



Ibnu Qayyim sendiri menganjurkan kepada setiap muslim agar membuat perhitungan atas dirinya sendiri setiap hari tentang dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu. Seterusnya, hendaklah memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat.

Akhirulkalam, mukmin yang berhati-hati dan sentiasa muhasabah diri adalah lebih baik daripada mukmin yang berpuas hati dengan amalan-amalan yang telah dikerjakannya.






Khamis, 5 September 2013

SUNNAH - PESAN RASULULLAH KEPADA AISYAH SEBELUM TIDUR

Assalamualaikum ^.~

Sedikit perkongsian tentang perkara yang diamalkan oleh Rasulullah sebelum tidur. 
Kebiasaanya apabila kita hendak tidur, memadai bagi kita dengan membaca doa tidur sahaja. 
Lain pula ceritanya apabila kita dalam keadaan terlalu letih, sudah tentu doa tidur pun tak sempat nak baca, tahu-tahu dah terlena diulit mimpi. :)




Di sini ada beberapa perkara untuk kita amalkan supaya tidur kita sentiasa dalam perlindunganNya.

Ada kisah di mana Rasulullah meminta Aisyah melakukan beberapa perkara sebelum tidurnya...

" Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara ”, iaitu :


  •  Sebelum khatam Al Qur'an

  •  Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir

  •  Sebelum para muslim meredhai kamu

  •  Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

Aisyah bertanya :

" Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "

Rasulullah tersenyum dan bersabda : " Jika engkau hendak tidur bacalah :

  •  Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.

  •  Bacalah selawat untuk ku & para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

  •  Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

  •  Dan, perbanyaklah bertasbih SubhanAllah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali & AllahhuAkbar 34 kali, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. "
Selepas melakukan empat perkara tersebut, jangan lupa baca doa sebelum tidur.. :)




Di atas adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah dan ada juga sunnah-sunnah lain yang diamalkan oleh baginda. :D


Selamat Beramal ! ^.~



Ahad, 1 September 2013

QARIN

Assalamualaikum ^.~

Qarin, apa tu?

Pasti ramai yang tertanya-tamya, apa itu Qarin?
Tahukah apa itu Qarin yang dikatakan sentiasa ada bersama kita?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya, Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun, orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.




Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.




*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.


JANGAN SESEKALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !