Jumaat, 27 September 2013
TITIAN TERAKHIR KITA
BARISAN MENUJU MAHA PENCIPTA
Khamis, 26 September 2013
|Derita di Rumah Kecil & Sempit|
Assalamualaikum.. =.="
http://www.youtube.com/watch?v=kOP1z6vqCo4
Ibnu Qayyim sendiri menganjurkan kepada setiap muslim agar membuat perhitungan atas dirinya sendiri setiap hari tentang dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu. Seterusnya, hendaklah memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat.
Khamis, 5 September 2013
SUNNAH - PESAN RASULULLAH KEPADA AISYAH SEBELUM TIDUR
- Sebelum khatam Al Qur'an
- Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir
- Sebelum para muslim meredhai kamu
- Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...
- Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.
- Bacalah selawat untuk ku & para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
- Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
- Dan, perbanyaklah bertasbih SubhanAllah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali & AllahhuAkbar 34 kali, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. "
Ahad, 1 September 2013
QARIN
| Qarin, apa tu? |
Selasa, 13 Ogos 2013
Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Kematian
Assalamualaikum ~~
Sedikit perkongsian tentang hari-hari sebelum kematian.
" Semua orang akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat kamu akan dibayar gaji anda sepenuhnya. Dan sesiapa yang dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang menipu. "
100 Hari Sebelum Kematian
- Ini adalah tanda pertama daripada Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini lazimnya akan berlaku selepas waktu Asar di mana seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 Hari Sebelum Kematian
- Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar di mana bahagian pusat kita akan rasa berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Seterusnya malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan bermula membuat persediaannya ke atas kita. Antaranya adalah malaikat akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Ada ketika malaikat ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini berlaku, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 Hari Sebelum Kematian
- Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan dan secara tiba-tiba berselera untuk makan.
3 Hari Sebelum Kematian
- Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Manakala telinganya akan layu di mana hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 Hari Sebelum Kematian
- Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari Kematian
- Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Indahnya jika kita dapat melakar pelan untuk hari kematian kita.. :')
Indah juga jika nafas terakhir kita seperti dalam kisah ini..
---> https://www.facebook.com/photo.php?v=691768287506623
#Manusia yang celik (tidak buta) ialah manusia yang sentiasa mengingati mati dalam hidupnya..
#Salah satu sebab manusia diminta mengingati mati supaya kita tidak lalai dengan dunia yang penuh dengan dugaan seperti hiburan dan sebagainya.
#Malaysia kini diuji oleh Allah dengan hiburan, makin jauh daripada Allah.
#Palestin diuji dengan Allah dengan perang, esok bakal syahid.
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut melawat kamu 70 kali sehari semalam. n.n





