Assalamualaikum~
Ok kita teruskan lagi perjalanan kita selepas kematian..
Selepas kita diazab, dihisab, kali ni kita akan berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar di mana kita akan mula berjalan menuju ke syurga dengan melintasi Titian Siratul Mustaqim..
Titian ni merupakan laluan yang terbentang di mana bawahnya adalah neraka..
Lebar titian ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang..
Bagi orang mukmin, ia akan dimudahkan dengan titian itu akan dilebarkan..
Rasulullah ada bersabda :
"...dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan umatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para Rasul dan doa mereka adalah : "Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah !"
(Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a)
Rasulullah ada bersabda lagi :
"Orang-orang yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, ada yang seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah yang selamat dan diselamatkan. Ada juga yang dicarik-carik lalu dilepaskan dan ada pula yang terjatuh ke dalam Neraka Jahannam."
Keadaan Semasa Melintasi Titian Sirat :
Kumpulan Pertama
-Berjaya melintasi seperti kilat yang memancar..
Kumpulan Kedua
-Melintasi seperti tiupan angin yang kencang..
Kumpulan Ketiga
-Melintasi seperti kelajuan kuda lumba..
Kumpulan Keempat
-Melintasi seperti burung yang pantas..
Kumpulan Kelima
-Melintasi dalam keadaan berlari..
Kumpulan Keenam
-Melintasi dalam keadaan berjalan..
Kumpulan Ketujuh
-Melintasi dalam keadaan kerap berdiri dan duduk..
Kumpulan Kelapan
-Menarik muka-muka mereka dengan rantai..
Kumpulan Kesembilan & Kesepuluh
-Mereka ketinggalan di atas Titian Sirat & tidak dibenarkan untuk menyeberang..
#Keadaan Kumpulan Ketujuh melintasi dengan keadaan berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat.
Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad berhenti di atas Sirat setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut pada Titian Sirat. Baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
#Kumpulan Kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka.
Bagi yang buruk amalannya, mereka akan menyeru : "Wahai Muhammad! "
Nabi Muhammad berkata : "Allah! Selamatkan mereka! Allah! Selamatkan mereka!"
#Kumpulan Kesembilan & kesepuluh mereka tertinggal di atasTitian Sirat yang bagai rambut dibelah tujuh sambil menahan kepanasan julangan api neraka yang sedia menunggu di bawah mereka dan tidak dibenarkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa besar mereka yang terlalu banyak.
Akhir sekali, dikesempatan ini saya ingin memohon maaf atas segala khilaf sama ada sengaja mahupun tidak sengaja. Terlanjur kata, terkasar bicara, terlebih gurau, kelaku yang tak kena, maaf semua. :')
Halalkan segala makan, minum, duit dan sewaktu dengannya.. Mohon halal dunia akhirat.
Tak lariku dari kesilapan, maafkan segala khilaf sebelum ni, sekarang & akan datang..
Wassalam, terima kasih.. :D
0 ulasan:
Catat Ulasan