Assalamualaikum ^.~
| Qarin, apa tu? |
Pasti ramai yang tertanya-tamya, apa itu Qarin?
Tahukah apa itu Qarin yang dikatakan sentiasa ada bersama kita?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai
pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia.
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri.
Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah
adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya, Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong
dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat,
berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk
menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat.
Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka
terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang
lebih kuat. Walau bagaimanapun, orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan
pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum
melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat
melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a.
maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin dan juga Qarin
daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya
Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu
aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal
kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah
s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa
cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai
Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata:
"Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya
Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh
syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda:
"Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi:
"Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda:
"Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk
Islam."
(Riwayat Muslim)
Dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s.
dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku
sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi
Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika
syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi
orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang
megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus,
"Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir,
makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang
mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama
dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya
apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh,
sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau
bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan
ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak
bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini,
terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan
dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.
*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita
lakukan.
JANGAN SESEKALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI
SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !
0 ulasan:
Catat Ulasan